Tuesday, October 1, 2013

Aku rasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.




Aku rasa 
bagai hati ku ini satu bara yang merah 
dan panasnya sentiasa menyala dan menyala 
dalam senyap, dalam diam, 
dalam sedalam dada ku ini bagai terbakar  

Aku rasa
bagai hati ku ini ditoreh dek pisau setajam-tajam
dan pedih sepedihnya bersangatan dan teramat
dalam senyap, dalam diam,
dalam sedalam dada ku ini terasa berdarah-darah parah

Aku rasa 
bagai hati ku ini berat seberat besi
dan bebannya seberat berat beban melankoli;
duka, marah, sesal dan benci,
yang terpaksa kuheret ke sana ke mari
dalam senyap, dalam diam,
dalam sedalam dada ku ini terasa rimas kesesakkan

Semua kerana helah-helah
yang kau sorok tapi akhirnya terlihat
Semua kerana alasan-alasan
yang kau yakinkan hakiki 
rupanya tidak semua benar,
Semua kerana bisikan dalam fikiranmu 
yang kau sokong untuk aku, 
yang percaya dan patuh setia, 
kau lepas tinggal
Semua kerana kini aku tahu,
Dalam diam, 
Ada hati lain yang kau genggam. 

Hakikatnya 
Aku manusia biasa
Dan aku seorang perempuan

Aku rasa
hatiku sakit.
panas. patah. berkecai.

Kecewa. 

Aku rasa
hatiku sakit.
panas. patah. berkecai.

Hancur.

Ketahuilah
Aku rasa
hatiku sakit.
panas. patah. berkecai.

Hilang. 


F.S
1/10/2013
Tuesday
7.00pm

No comments:

Post a Comment

Share This: