Wednesday, November 13, 2013

Do not ask me

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.




"Do not ask me why. Do not ask me what.
I am not going to explain, nor will I define.
Sometimes some questions are not meant to be asked,
While some answers are not to be openly replied,
For now, let's just greet each other with 'khair',
a sincere salam, a friendly hi and a warmth smile"

:)

F.S - 14 November 2013

Wednesday, October 23, 2013

"Forgive. Forget. Let go"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. 




"Forgive, forget and let go", they said.
They always say.

Rabbi,
Please give me the guidance and strength
to do the right thing. 

Ameen.


-F.S-

Tuesday, October 22, 2013

Forgiveness

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. 




Slowly, it melts the bitterness,
like a sedative to the wounds.
It melts the pain,
like a soother to the heavy burning heart.
It clears the paths, one by one.
Suddenly, there's calmness. Lighter.
Suddenly, it's clearer. Better.

"Forgive", said the voice,
"Forgive like how much you want and need to be forgiven".
"Forgive. Because forgiveness heals and enlightens".


[F.S - 22 Oct 2013]



Monday, October 21, 2013

I wonder

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. 




"I wonder,
And I always do,
I wonder of the whys, hows and whos,
I wonder of the what if, I could've,
I should've and if only I knew.
I let myself wonder and wonder
Till I know, I have been revealed
of the answers and the truth.

So I wonder.
And I always do.
I wonder till all questions are gone,
surpass all ifs and conditionals,
beyond and above all reality.
I wonder endlessly,
till the only one left is just Him and me.

In the end, there's just Him and me"

[F.S]
21 Oct 2013


Tuesday, October 1, 2013

Aku rasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.




Aku rasa 
bagai hati ku ini satu bara yang merah 
dan panasnya sentiasa menyala dan menyala 
dalam senyap, dalam diam, 
dalam sedalam dada ku ini bagai terbakar  

Aku rasa
bagai hati ku ini ditoreh dek pisau setajam-tajam
dan pedih sepedihnya bersangatan dan teramat
dalam senyap, dalam diam,
dalam sedalam dada ku ini terasa berdarah-darah parah

Aku rasa 
bagai hati ku ini berat seberat besi
dan bebannya seberat berat beban melankoli;
duka, marah, sesal dan benci,
yang terpaksa kuheret ke sana ke mari
dalam senyap, dalam diam,
dalam sedalam dada ku ini terasa rimas kesesakkan

Semua kerana helah-helah
yang kau sorok tapi akhirnya terlihat
Semua kerana alasan-alasan
yang kau yakinkan hakiki 
rupanya tidak semua benar,
Semua kerana bisikan dalam fikiranmu 
yang kau sokong untuk aku, 
yang percaya dan patuh setia, 
kau lepas tinggal
Semua kerana kini aku tahu,
Dalam diam, 
Ada hati lain yang kau genggam. 

Hakikatnya 
Aku manusia biasa
Dan aku seorang perempuan

Aku rasa
hatiku sakit.
panas. patah. berkecai.

Kecewa. 

Aku rasa
hatiku sakit.
panas. patah. berkecai.

Hancur.

Ketahuilah
Aku rasa
hatiku sakit.
panas. patah. berkecai.

Hilang. 


F.S
1/10/2013
Tuesday
7.00pm

Monday, April 8, 2013

How do I console you?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.





“Weeping at the dark corner 
of this broken realm,
Wounded, refusing to neither beat 
nor breathe.. 

My dear Heart,
How do I console you?
How can I heal your pain?
How do I bring back 
your lost hope and faith?”

[F.S - April 2013]


Saturday, April 6, 2013

Aku memilih diam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.




[F.S - 2004]

"Dan..
Di dalam kelam kabut hari..
Di dalam kebisingan suara..
Tika gelora jiwa..
Pada kekalutan rasa..
Di waktu kebingungan cara..
Lalu aku memilih diam.."





[F.S - April, 2013]

Friend: sometimes we also need to be careful with the secrets of silence.. being remote can't be for long.. 

Me: Yes I know..thanks for the reminder. Silence is just an escapism.. It's not the 'house' that we live in.. it's the 'garden' that we occasionally visit.. it'll help us to be in perspective, to have better understanding. And to some, silence inspires beauty, art and creativity:)



Saturday, March 2, 2013

Sebuah pengakuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.


Kisah hidup resam dunia
Baru saja cerah tiba, datang mendung menutup,
Bersilih ganti hujan pedih dan kecewa
Lalu lemas dalam taufan hati yang tidak surut,
Tika petir sabung menyabung dalam kepala,
Mengeluh diri tertanya-tanya akhir semua ini bila?
Benar, hari pasti akan pulih, harapan pasti ada, itu janji Tuhan
Tapi, hari pasti diduga, taburan ujian pasti ada, itu juga janji Tuhan

Dan pada setiap sentakan yang diterima
Ditengah-tengah putaran keliru
akibat dosa sendiri, bukan orang lain,
Ketika jiwa terasa tertekan dan sempitnya dada
Bila mana iman senipis-nipis rupa dan rasa
Di sini, di ruang ini,
aku terduduk, sujud, menangis raung meratap kelemahanku..
aku terduduk, sujud, menangis raung meratap kehinaanku..
aku terduduk, sujud, menangis raung meratap keburukanku..

Wahai dunia,
Tidak aku tersimpuh di sini kerana aku kuat
Tapi aku terduduk di sini kerana aku lemah selemah-lemah insan,
Tidak aku tertunduk menangis di sini kerana aku suci
Tapi tertunduk aku kerana dosaku menimbus bertimbun,
Tidak aku sujud di sini kerana aku sudah sempurna
Tapi sujudku tanda kelemahanku yang berulang-ulang tak terbaiki,
Tidak aku berkata-kata dengan Tuhan kerana aku berani
Tapi pengaduan ku itu bukti aku hamba yang amat takut dan penakut,
Bukan tangisan ini tanda aku sudah menang dan tenang
Tapi aku teresak-esak kerana akulah yang asyik kalah dan kalah dan kalah dalam mujahadah,

Allah.. Allah.. Allah Rabb ku
Dan bukanlah tercurahnya rahmat kasih sayang belas simpatiNya kerana amalanku yang senipis debu
Sesungguhnya siraman kebaikan yang kutadah adalah kerana Rahman, Raheem, Kareem dan Akbar itu sifat hakikat Rabb ku

Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb..
Kuterus bersimpuh tunduk menadah tangan di sini memohon..
Selamatkanlah aku...
Selamatkanlah aku...
Selamatkanlah aku...


F.S - 17th June 2012



Monday, February 18, 2013

Beauty

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.




"Beauty lies in the eyes of the beholder"

- KLCC; 6 Nov 2012 -



[ First attempt using PicsArt application. Lovely! :) ]

Sunday, February 17, 2013

Di sini aku mengadu rindu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.





"Dan..
Bilamana dunia di luar itu
semak dalam kekalutan,
Pada masa jiwa di dalam ini
terumbang-ambing mencari arah,
Di saat beban dosa dan luka
tidak tertahan,
Realiti merimaskan,
Tenang itu diidam-idam…
Lalu, di sini jugalah aku datang
mengadu rindu..
Ke sini jugalah aku datang
melepas rindu..
Tuhan,
Aku datang mengadu rindu….”


[F.S - 7 Feb 2013: SHAS Mosque IIUM]


Share This: